CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 27, 2010

MODEL WALLAS

LATAR BELAKANG:

Nama sebenar beliau Graham Wallas yang lahir pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932. Beliau merupakan sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik. Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif. Model proses kreativiti diperkenalkan pada tahun 1926. Dalam model ini terdapat lima peringat proses kreativiti.

5 PERINGKAT PROSES KREATIVITI:

1. PENYEDIAAN (PREPARATION). Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima. Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.

2. PENGERAMAN (INCUBATION). Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

3. ILUMINASI (ILLUMINATION). Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti karakter.

4. VERIFIKASI (VERIFICATION). Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.

0 comments: