PROSES KREATIVITI
Sebelum kita mengetahui dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi yang melibatkan kreativiti dan pemikiran kreatif, kita mestilah mengikut proses-proses yang betul bagi memastikan sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan lebih berkesan. Antara proses-proses yang perluk dilaksanakan adalah:
1. Ilmu Pengetahuan: Mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah. Mengenalpasti jenis-jenis maklumat contohnya maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet), maklumat lisan dan maklumat elektronik.
2. Penyelidikan: Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.
3. Mendefinisikan Matlamat: Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki. Mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
4. Pengeraman (Incubation): Yang perlu dilakukan pada langkah ini antaranya adalah menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa. Idea tidak ating dengan segera. Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka dan terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
5. Membina Keyakinan: Tidak tertumpu kepada satu idea sahaja tetapi mencuba pendekatan yang berbeza. Idea dikatakan sebagai batu loncatan kerana idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali menggabungkan berbagai idea yang ada.
6. Penapisan: Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik. Idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
7. Menyatakan dengan Jelas: Mencari jalan untuk menyampaikan idea iaitu berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.


0 comments:
Post a Comment