MASALAH ANTARA KEPINTARAN DAN KREATIVITI
Ramai lagi yang masih keliru antara kepintaran dan kreativiti. Penyelidikan terbaru mendapati bahawa kreativiti adalah dua perkara yang tiada perkaitan. Dalam kata lain, kreativiti bukan fungsi kepintaran. Kepintaran dan kreativiti adalah dua konsep yang berbeza dan kedua-duanya dapat diuji dan dinilai dengan menggunakan alat dan cara yang berbeza. Seseorang yang berbakat ialah seorang yang sentiasa menunjukkan prestasi tinggi dalam apa-apa usaha yang berguna kepada masyarakat. Usaha itu seperti memiliki bakat kreatif dalam bidang lukisan, muzik, lakonan, matematik, kemahiran mekanik, kemahiran pergaulan dan kefasihan bertutur.
Kekeliruan sering berlaku antara idea original dan idea kreatif. Idea yang kreatif hendaklah bersifat original dan bersifat berguna, praktikal dan boleh dilaksanakan. Dalam menerbitkan idea original adalah dikaitkan dengan idea kreatif. Idea original sukar dinilai manakala idea kreatif mudah dinilai. Untuk menerbitkan idea original, kita tidak perlu memiliki bakat kreativiti yang tinggi.
Hingga hari ini orang-orang yang layak menjadi anggota persatuan MENSA, iaitu persatuan individu yang lulus ujian IQ (intelligence quotient/ukuran kepintaran) dengan markah tinggi, dipercayai sebagai orang-orang yang berbakat luar biasa dan kreatif. Namun, nasib baik hasil daripada penyelidikan baru dalam bidang kepintaran kreativiti telah menyangkal dakwaan tersebut dan anggapan dapat diperbetulkan.
Antara contoh kajian yang paling terkenal mengenai perbandingan antara kepintaran dengan kreativiti yang dijalankan adalah Getzel dan Jackson. Mereka menjalankan pemerhatian keatas sekumpulan kanak-kanak yang semuanya mendapat purata markah ujian IQ 132. Kebanyakkan latar belakang kanak-kanak tersebut datang daripada anak-anak pensyarah dan selebihnya datang daripada anak pekerja separuh mahir dan kurang mahir.
Hasil dapatan daripada kajian tersebut Getzet dan Jackson mengkelaskan kepada dua kategori iaitu kategori terdiri daripada mereka yang sangat tinggi IQnya tetapi rendah kreativitinya, manakala kategori yang satu lagi terdiri daripada kanak-kanak yang sangat tinggi kreativitinya tetapi rendah IQnya. Secara ringkasnya hasil kajian tersebut mendapati:
1. Kumpulan yang kreatif mendapat markah kurang daripada kumpulan yang tinggi IQ. Tetapi dalam ujian akademik pula keputusan kedua-dua kumpulan adalah sama baik. Ini bermakna kreativiti juga berkesan dalam kejayaan akademik.
2. Guru lebih suka kepada kumpulan yang tinggi IQ walaupun kumpulan kreativiti menghasilkan lebih apa yang diharapkan. Hal ini mungkin disebabkan oleh sikap kanak-kanak yang tinggi kreativiti itu yang tidak konformis.
3. Kedua-dua kumpulan tersebut menunjukkan perbezaan yang nyata mengenai kehidupan. Guru lebih menyukai sikap kumpulan yang tinggi IQ kerana mempunyai keinginan untuk kriteri dalam hidup. Kumpulan yang tinggi kreativiti pula tidak bersungguh-sungguh berminat pada nilai untuk kriteri dalam hidup.
4. Kumpulan yang tinggi IQ tidak berapa menghargai humor, manakala kumpulan tinggi kreativiti sangat menghargainya.
Sepasang pengkaji lain, Wallas dan Kogan mendapati kanak-kanak tinggi IQ dan tinggi kreativiti menunjukkan ciri-ciri keupayaan melaksanakan kawalan dan kebebasan keatas diri mereka sendiri. Mereka juga mendapati anak-anak golongan professional mendapat markah tinggi dalam ujian IQ dan bersikap sangat berhati-hati tentang keputusan dan tindakan yang mereka buat. Mereka juga bersikap kritis tentang diri mereka sendiri, anak-anak, dan persekitaran mereka. Segala bentuk risiko cuba dihindari dengan segala daya upaya mereka.
Manakala keluarga yang tinggi kreativiti bersikap lebih terbuka dan menikmati kebebasan yang luas. Mereka tidak kritis terhadap diri mereka, anak-anak, atau sekitar mereka. Mereka bersedia dengan risiko yang dihadapi asalkan berfaedah.
Kajian daripada pakar lain pula berpendapat bahawa, bapa kanak-kanak tinggi IQ majoriti terdiri daripada kumpulan profesional, manakala bapa kanak-kanak tinggi kreativiti majoriti terdiri daripada golongan usahawan.
Pakar yang mengkaji peribadi individu kreatif mendapati mereka mempunyai peribadi yang khusus. Ciri utama adalah:
1. Mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi
2. Membuat keputusan berdasarkan pendapat peribadi sendiri.
3. Tidak suka terikut-ikut pendapat orang lain
Individu yang tinggi IQ tetapi rendah kreativiti pula:
1. Mereka takut dikritik dan mahu menjadi seperti orang lain.
2. Berfikir panjang supaya tidak menyimpang dari kebiasaan.
3. Mempelajari kemahiran dan cara-cara untuk sesuaikan diri dengan orang-orang lain.


0 comments:
Post a Comment