CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 27, 2010

FAKTOR YANG MENCIPTA PERIBADI KREATIF

Pakar mendapati individu kreatif memiliki ciri-ciri berikut iaitu:

1. Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongkong, tidak terikiut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang.

2. Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, pujian atau ganjaran daripada orang lain.

3. Mereka berani membuat keputusan dan bertanggungjawab atas keputusannya. Mereka tidak suka undian dalam masyuarat atau akur pada tekanan luar.

4. Mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional. Oleh itu mereka toleransi terhadap kritikan orang.

5. Peribadi mereka stabil. Mereka tidak akan berubah-ubah akibat tekanan dari luar.

6. Meminati seni dan berjiwa halus.

7. Berperangai dominan atau asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya.

8. Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.

9. Mudah menerima hakikat akan kelemahan diri dan mengaku akan kesilapan yang dibuat.

10. Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan “TIDAK” dan akan terus berusaha.

11. Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.

12. Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok, tidak takut dengan cabaran.

13. Dapat mengawal diri.

Kemungkinan memiliki introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.

0 comments: