CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 27, 2010

SUKANEKA PATUT DIPELIHARA

Sukaneka ini merangkumi aktiviti permainan seperti : -

.

1. Pertandingan galah panjang

Pertandingan ini melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mengandungi tiga pemain. Satu pasukan akan bertahan, manakala satu lagi pasukan akan menyerang. Pasukan yang bertahan akan cuba mempertahankan kawasan mereka daripada dicerobohi oleh pasukan penyerang. Setiap mata akan dikira berdasarkan jumlah peserta yang berjaya melepasi pasukan bertahan.

2. Pertandingan mencari gula dalam tepung

Setiap pasukan mengandungi sepuluh orang pemain. Pemain akan berlari ke arah tepung dan cuba mencari gula dalam tepung. Pemenang- pemenang akan dikira berdasarkan kepada kepantasan pasukan menghabiskan kesemua ahli dalam pasukannya.

3. Pertandingan isi air dalam botol

Setiap pasukan mengandungi sepuluh orang pemain. Setiap pasukan akan dibekalkan sebaldi air dan span. Setiap pemain hanya dibenarkan membawa air sekali sahaja ke botol yang berada di garisan penamat. Pemenang akan dikira berdasarkan ketinggian air di dalam botol.

4. Pertandingan mengikat belon di kaki

Permainan ini terbuka kepada semua penghuni kolej. Setiap penghuni akan dibekalkan sebiji belon dan diikat di kaki. Bulatan besar akan dibuat dan peserta tidak dibenarkan keluar daripada bulatan tersebut. Pemenang akan dikira berdasatkan belon yang tidak pecah.

5.Pertandingan bawa getah dengan straw

Permainan ini melibatkan sepuluh orang pemain. Setiap pemain akan diatur sehingga ke garisan penamat. Pemain juga akan dibekalkan dengan sebatang straw yang diletakkan di dalam mulut. Setiap pemain hanya dibenarkan membawa satu sahaja getah sahaja dalam satu masa. Pemenang dikira berdasarkan jumlah getah terbanyak dalam masa yang ditetapkan.

6.Pertandingan makin jauh makin sayang

Permainan ini ialah permainan merebut kerusi. Kerusi akan disusun sebanyak sepuluh buah dan peserta seramai sebelas orang pemain serta diiringi muzik. Setiap peserta akan mengelilingi kerusi tersebut dengan iringan muzik. Setiap kali muzik dihentikan, peserta dikehendaki duduk di kerusi tersebut dan peserta yang tidak mendapat tempat duduk akan terkeluar. Pemenang berdasarkan peserta terakhir yang tinggal.

7.Pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu

Permainan ini melibatkan sepuluh orang pemain. Setiap pemain akan dibekalkan dengan satu sudu. Pemenang dikira berdasarkan jumlah bola ping pong terbanyak yang dikumpulkan dalam masa yang ditetapkan.

8.Pertandingan terompah tempurung

Permainan ini melibatkan sepuluh orang pemain. Permainan ini menggunakan tempurung sebagai selipar. Pemenang dikira berdasarkan kepantasan pasukan menghabiskan keseluruhan pemain.

9.Pertandingan tarik tali

Pertandingan ini sebagai kemuncak kepada Hari Keluarga Kolej Ungku Omar. Setiap pasukan akan mewakili rumah masing- masing. Setiap pasukan mengandungi lima orang peserta.

10. Pertandingan penyakit berjangkit

Permainan adalah berlainan antara lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan mempunyai 10 orang peserta. Cara permainan penyakit berjangkit peserta lelaki adalah dengan berjalan di atas kerusi dan setiap kerusi diatur satu demi satu untuk pergerakan peserta ke garisan penamat. Manakala peserta perempuan berjalan menggunakan surat khabar untuk sampai ke garisan penamat. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 5 orang. Ini bermakna, 5 peserta akan berada di sebelah kiri dan sebelah lagi kanan. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang lebih terdahulu sampai ke garisan penamat.

11. Pertandingan Music Chair

Permainan ini ialah permainan merebut kerusi. Kerusi akan disusun sebanyak 20 buah dan peserta seramai 20 orang pemain serta diiringi muzik. Kerusi akan disusun secara berterabur dalam kawasan bulatan melengkung. Setiap peserta akan mengelilingi kerusi tersebut dengan iringan muzik. Setiap kali muzik dihentikan, peserta dikehendaki duduk di kerusi tersebut dan peserta yang tidak mendapat tempat duduk akan terkeluar. Pemenang berdasarkan peserta terakhir yang tinggal.

12. Pertandingan Fear Factor

Permainan ini ialah permainan memakan makanan dengan pantas. Pserta akan dibekalkan roti yang kandungannya telah dimasukkan belacan dan segelas air yang dibancuh dengan garam yang pekat. Peserta yang dapat menghabiskan makanan dan minuman tersdebut paling pantas akan dikira sebagai pemenang.

13. Pertandingan model newspaper

Permainan ini merupakan permainan secara berpasukan. Setiap kumpulan terdapat 2 orang peserta. Peserta dibekalkan surat khabar dan tali untuk menghias pasangannya. Pemenang dikira melalui kretiiviti hiasan kepada model tersebut.

14.Pertandingan sepak raga bulatan

Permainan ini dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setia kumpulan terdapat tiga orang peserta. Bola sepak takraw akan diberikan kepada setiap kumpulan. Mata akan dikira melalui jumlah timbangan. Kumpulan yang palin banyak mempunyai paling banyak akan dikira pemenang.

0 comments: